Kg Layang-Layangan, WP Labuan, Malaysia
Joined August 2025
Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) ialah sebuah pertubuhan belia yang sah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Berpusa... See More
APA PERANCANGAN KAMI?
Naik Taraf Gelanggang Silat PSSCHG Kg. Layang-Layangan, WP Labuan.
Pembelian 49 keping floor mat berkualiti tinggi berukuran 1m x 1m dengan ketebalan 4cm.
Projek "Satu Silat Mat, Seribu Langkah Juara" merupakan inisiatif Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) yang bertujuan menyediakan kemudahan asas latihan silat yang lebih selamat dan profesional. Projek ini memberi tumpuan kepada pembelian floor mat berkualiti tinggi untuk menjadi alas kepada lantai simen yang digunakan pada masa ini, sekali gus meminimumkan risiko kecederaan, meningkatkan prestasi latihan, dan memberi keyakinan kepada pesilat menjalani sesi latihan.
Latar Belakang
Pesilat Gelanggang PSSCHG Layangan yang merupakan ahli KEBAL telah melahirkan ramai atlet yang berjaya mewakili sekolah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam kejohanan silat. Namun, kemudahan latihan di gelanggang masih jauh daripada memuaskan. Latihan kini dilakukan di atas lantai simen terbuka, tanpa alas keselamatan. Keadaan ini meningkatkan risiko kecederaan serius terutamanya ketika melakukan teknik jatuhan, tangkapan, gulungan, dan guntingan.
Objektif Projek
Menyediakan floor mat latihan berkualiti tinggi untuk kegunaan pesilat Gelanggang Silat PSSCHG Layangan.
Mengurangkan risiko kecederaan semasa latihan teknik berimpak tinggi.
Meningkatkan keberkesanan latihan melalui persekitaran yang lebih selamat dan selesa.
Menyokong pembangunan bakat muda dalam sukan silat ke arah kejohanan peringkat tertinggi.
Keadaan gelanggang silat pada masa ini ketika sesi latihan dijalankan
Manfaat Projek
Pesilat dapat menjalani latihan dengan lebih intensif, selamat, dan selesa.
Kemudahan baharu ini memberi motivasi kepada generasi muda untuk terus aktif dalam silat.
Mengangkat martabat Gelanggang Silat PSSCHG Layangan sebagai pusat latihan silat yang lebih profesional di Labuan.
Meningkatkan peluang untuk melahirkan lebih ramai juara silat di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.
Kejohanan Silat OIahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024
Labuan International Silat Beach Championship 2025
Pencapaian: Emas: 5, Perak: 4, Gangsa: 13
Kejohanan Silat Peringkat Sekolah WP Labuan 2025
Pencapaian: 2 pesilat terbaik, Emas: 17, Perak: 6, Gangsa: 6
Pelaksanaan Projek
Projek ini akan dilaksanakan dengan mengumpul dana bagi membeli floor mat berukuran 1m x 1m x 4cm (tebal) = 49 keping mat. Mat tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk latihan pesilat di Gelanggang Silat PSSCHG Layangan.
Kos Perbelanjaan
Penutup
Dengan adanya floor mat, kami yakin keselamatan dan prestasi pesilat akan meningkat, sekali gus membolehkan lebih ramai anak muda Layangan melangkah jauh dalam arena silat. Projek ini adalah simbol bahawa setiap satu langkah kecil (penyediaan kemudahan) mampu membawa seribu langkah besar menuju kejayaan. Satu Silat Mat, Seribu Langkah Juara.
Dalam melaksanakan projek "Satu Silat Mat, Seribu Langkah Juara", terdapat beberapa risiko dan cabaran yang perlu diberi perhatian agar matlamat projek dapat dicapai dengan berkesan. Antara risiko utama ialah kekangan kewangan. Kegagalan mendapatkan dana yang mencukupi boleh menjejaskan pembelian floor mat berkualiti tinggi yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pesilat semasa latihan dan pertandingan. Bagi mengatasi hal ini, pihak penganjur membuat kutipan dan kempen sumbangan komuniti.
Selain itu, kelewatan penghantaran atau pemasangan floor mat daripada pembekal juga berpotensi menjejaskan jadual penggunaan. Risiko ini akan diminimumkan dengan memilih pembekal yang mempunyai rekod penghantaran yang baik, membuat tempahan awal, dan menetapkan tarikh penghantaran yang selaras dengan jadual aktiviti.
Dengan perancangan yang teliti dan langkah mitigasi yang jelas, pihak penganjur yakin projek ini dapat direalisasikan dengan jayanya, sekali gus memberikan manfaat jangka panjang kepada pesilat dan komuniti setempat.
Kg Layang-Layangan, WP Labuan, Malaysia
Joined August 2025
Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) ialah sebuah pertubuhan belia yang sah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Berpusat di Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan, KEBAL menjadi platform utama bagi menggerakkan pembangunan belia tempatan melalui pelbagai program dalam bidang sukan, kebudayaan, kesukarelawanan, kepimpinan, dan keusahawanan. KEBAL didaftarkan secara rasmi pada 13 Januari 2016 dengan nombor pendaftaran PPBM: KT0127/15/16. Idea penubuhannya dicetuskan oleh En. Faizal Bin Hj Lakat (Ketua Kampung) dengan tujuan mengaktifkan semula kelab lama BEKALAN di bawah nama baharu, iaitu KEBAL. Sehingga Jun 2025, keahlian KEBAL berjumlah 80 orang (61 lelaki dan 19 perempuan), dengan 22 orang memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa. Mengangkat moto “Dari Belia Untuk Belia, Memperkasa Belia Layangan”, KEBAL mengutamakan pendekatan dari akar umbi, di mana belia sendiri merancang, melaksana, dan menggerakkan inisiatif untuk manfaat komuniti setempat. Ahli-ahlinya datang daripada pelbagai latar belakang, termasuk pesilat daripada Persatuan Seni Silat Cengkam Harimau Ghaib (PSSCHG) – Gelanggang Layangan, yang telah banyak mengharumkan nama sekolah dan Wilayah Persekutuan Labuan di pentas kejohanan silat. Antara pencapaian dan inisiatif KEBAL termasuk: 1. Kejohanan Bola Sepak KEBAL Cup – pertandingan bola sepak tahunan yang mengumpulkan bakat muda tempatan. 2. Program Kemahiran Hidup (Skill for Life) – latihan asas pertukangan, kraf, dan kemahiran praktikal. 3. Kursus Keusahawanan Belia – membimbing belia membina perniagaan kecil dan menjana pendapatan. 4. Aktiviti kebajikan dan kesedaran masyarakat – termasuk bantuan bencana, gotong-royong, dan kempen kesihatan. 5. KEBAL Bakeri – platform latihan kemahiran bakeri dan pastri, sambil menjana pendapatan komuniti. 6. KEBAL Academy– akademi bola sepak yang melatih pemain dari peringkat akar umbi hingga berpotensi menjadi atlet berprestasi tinggi. KEBAL turut melebarkan sayap melalui lawatan antarabangsa ke Brunei Darussalam bagi menjalin hubungan kerjasama dengan Majlis Belia Brunei, membuka peluang pertukaran idea, budaya, dan program pembangunan belia di peringkat serantau. Di peringkat tempatan, KEBAL aktif bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Layang-Layangan serta Masjid Jamek Layang-Layangan dalam pelbagai program kemasyarakatan, termasuk program kesedaran, aktiviti sukan, majlis keramaian, dan inisiatif kebajikan untuk penduduk setempat. Pada tahun 2024, KEBAL diiktiraf sebagai Badan Operasi Rakan Muda, meluaskan lagi mandatnya dalam pembangunan generasi muda. Pencapaian Utama: -Tempat Ketiga Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan (2024 & 2021) -Penganjur pelbagai kejohanan sukan peringkat daerah dan negeri -Pelopor program komuniti bersepadu di Layangan KEBAL percaya bahawa pembangunan belia yang menyeluruh bukan sahaja melahirkan generasi muda yang berdaya saing, malah menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat Layangan dan Labuan secara keseluruhan.
1 X Sijil Penghargaan
(sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan projek ini)