by Faindra Jabbar
Saya Faindra Jabbar (Penerbit, Penulis dan Pengarah Filem Cereka Dato Maharaja Lela) dalam proses mengumpul dana untuk menjayakan usaha siri jelajah Tayangan Filem ini di beberapa lokasi di Perak dan Luar Perak sepanjang tahun 2025.
Filem ini telah siap sepenuhnya, dan telah ditayangan beberapa kali di Auditorium JKKN (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) Perak.
Tiga Tayangan pertama filem ini adalah pada tarikh berikut:
Tayangan Perdana dan bersama Media - 21 September 2024
Tayangan Perdana ke 2 - 28 September 2024
Tayangan Perdana ke 3 - 21 February 2025
Kesemuanya "FULLHOUSE" dengan kapasiti lebih kurang 150 orang penonton.
Kini, diatas permintaan orang ramai, kami sedang merangka satu Siri Jelajah Filem Dato Maharaja Lela secara besar-besar yang akan bermula selepas pengkal kedua tahun 2025.
OBJEKTIF SIRI JELAJAH TAYANGAN 2025
1. Menjadikan projek Dato Maharaja Lela sebagai penggerak aktiviti seni di perak terutamanya buat pembikin filem amatuer dan Indie di Perak dan Malaysia.
2. Merealisasikan tujuan utama projek ini untuk memastikan majoriti penonton di Perak dan Malaysia dapat menonton filem Dato Maharaja Lela di daerah berdekatan dengan mereka.
3. Menyemai rasa cinta akan pejuang-pejuang tanahair yang telah berkorban demi negara.
Category / Film/Video