Selangor, Malaysia
Joined February 2020
She is a full time housewife for 7 years and a mother of 3 children aged from 2-7 years old. She was once a private primary school teacher. Currently her passion is to design boardgames on social issu... See More
AMAN TANPA BULI adalah sebuah permainan boardgame yang bertemakan anti buli untuk 2-6 orang. Pemain akan menjadi kawan dan pembela kepada 4 orang pelajar yang sering menjadi sasaran buli di Sekolah X iaitu Alif, Siva, Wani dan Mei Ying. Permainan ini berbentuk kerjasama di mana semua pemain perlu bertindak secara berpasukan bagi mengumpul sebanyak mungkin markah untuk lencana Aman Tanpa Buli dan menolak sebanyak mungkin markah untuk lencana Kesan Buli.
Sesuai untuk aktiviti keluarga ataupun bahan bantu belajar untuk membasmi buli di sekolah. Mengandungi 6 Misi dengan kaedah dan peraturan permainan yang berbeza mengikut kategori usia seawal 5 tahun sehingga remaja. Di akhir permainan, pemain akan melihat adakah mereka berjaya melayakkan Sekolah X mendapat penarafan SEKOLAH AMAN TANPA BULI berdasarkah 2 kategori markah yang terkumpul.
Fokus permainan adalah untuk mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dalam memahami dan menolak buli. Lengkap dengan jenis buli, cara hentikan buli dan kesan buli beserta kategorinya. Turut membawa mesej perpaduan di mana setiap pemain akan berusaha untuk membantu semua rakan yang dibuli tanpa mengira jantina, kaum dan agama.
Kenapa permainan ini penting? Statistik menunjukkan 7 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia bimbang tentang buli (UNICEF 2017). Kadar ini amat tinggi berbanding 3 daripada 10 kanak-kanak di Jepun dan 4 daripada 10 kanak-kanak di United Kingdom. Manakala 1 daripada 6 remaja pula adalah mangsa buli (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019) dan 53% pembuli siber adalah rakan sekelas mangsa (IPSOS 2018).
Cabaran terbesar bagi kami setakat ini ialah belum mempunyai dana yang cukup untuk mencetak edisi pertama AMAN TANPA BULI. Permainan ini dibina sepenuhnya secara persendirian tanpa bantuan pendanaan daripada organisasi dan syarikat besar ataupun pengeluar pihak ketiga. Oleh itu, sumbangan ramai amat diperlukan untuk pendanaan awal bagi merealisasikan penerbitan cetakan pertama.
Permainan ini telah melalui beberapa fasa ujimain dan pengubahsuaian hasil maklumbalas daripada kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan rakan-rakan dalam bidang berkaitan psikologi. Pencipta permainan ini juga pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah rendah swasta sebelum berhenti untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Antara hobinya ialah bermain boardgame bersama anak-anak. Ia kemudiannya memberi inspirasi kepada ibu ini untuk mencipta permainan yang bertemakan isu-isu sosial di Malaysia yang didedikasikan untuk golongan muda terutamanya kanak-kanak dan remaja. AMAN TANPA BULI adalah projek pertama yang diusahakan melalui penubuhan syarikat enterprise yang baru didaftarkan pada Februari lepas iaitu Studio Kekura.
Memandangkan kami mempunyai sumber kewangan yang terhad, maka tidak banyak yang dapat dihadiahkan kepada penyumbang. Kami tawarkan sijil penghargaan dan poskad eksklusif AMAN TANPA BULI sebagai ganjaran untuk penyumbang kategori pertama.
Penyumbang untuk kategori kedua sehingga kelima pula berpeluang menerima set permainan AMAN TANPA BULI sebanyak 1-2 set. Anggaplah ini sebagai pra tempahan. Kami sasarkan untuk buat percetakan dan pengeposan sepanjang April 2020. Untuk info lanjut boleh layari laman sesawang kami: amantanpabuli.com ATAU hubungi kami melalui email: [email protected]
Baik, kami faham target yang diletakkan agak tinggi namun itulah kos untuk menerbitkan edisi pertama boardgame AMAN TANPA BULI. Syarikat percetakan meletakkan MOQ (minimum order quantity) yang perlu diikuti untuk komponen tertentu dalam boardgame. Sasaran ini juga ambil kira semua kos selain percetakan.
Kami juga ada usahakan crowdfunding sendiri, bina website dan buat iklan namun dana masih belum mencukupi untuk menerbitkannya. MyStartr memberi kami jalan alternatif melalui kaedah Flexible Funding. Kalau tak capai sasaran, sumbangan akan tetap sampai kepada kami dan kami juga akan usahakan untuk pos semua ganjaran (reward).
Kelebihan lain untuk kami manfaatkan platform ini ialah ia dipercayai (trusted) dan menawarkan kaedah pembayaran/ pendanaan yang efisyen melalui payment gateway yang tiada dalam website kami. Jadi ini memudahkan semua untuk menyumbang kepada projek kami. Terima kasih!
Selangor, Malaysia
Joined February 2020
She is a full time housewife for 7 years and a mother of 3 children aged from 2-7 years old. She was once a private primary school teacher. Currently her passion is to design boardgames on social issues for kids.
Dengan sumbangan minima RM55, anda akan dihadiahkan dengan sijil penghargaan sumbangan dan poskad eksklusif Aman Tanpa Buli
Dengan sumbangan minima RM85, anda akan dihadiahkan dengan sijil penghargaan sumbangan dan satu (1) set boardgame Aman Tanpa Buli
Dengan sumbangan minima RM125, anda akan dihadiahkan dengan sijil penghargaan sumbangan, poskad eksklusif Aman Tanpa Buli dan satu (1) set boardgame Aman Tanpa Buli
Dengan sumbangan minima RM160, anda akan dihadiahkan dengan sijil penghargaan sumbangan dan dua (2) set boardgame Aman Tanpa Buli
Dengan sumbangan minima RM200, anda akan dihadiahkan dengan sijil penghargaan sumbangan, poskad eksklusif Aman Tanpa Buli dan dua (2) set boardgame Aman Tanpa Buli