by Faindra Jabbar
Projek Dato Maharaja Lela ini dimulakan dengan dana permulaan daripada Kerajaan Perak melalui Dana Kreatif Perak bersama PORT Ipoh.
Projek Dato Maharaja Lela ini telah memulakan fasa preproduction sejak Disember 2023 dan akan memulakan penggambaran mulai 1 Julai 2024 dan teaser rasmi pertama akan dilancarkan pada 1 Ogos 2024.
Filem ini akan dipertontonkan secara bertutup kepada semua penyumpang yang akan dijemput sepanjang tempoh "roadshow" filem ini diadakan (Seluruh Malaysia Jika berkesempatan).
Pengarah filem ini iaitu Faindra Jabbar telah mengarah pelbagai filem pendek dan musik video selama lebih sedekad.
Antaranya
Kerambit - Filem Pendek
HAQ - - Filem Pendek
Jin Kafir - - Filem Pendek
Goodbye Fighter - - Filem Pendek
The Smiling Man - - Filem Pendek
Tanpa Cintamu (GEO) - Musik Video
Salvation (Velocity) - Musik Video
dan banyak lagi.
SINOPSIS
Mengisahkan tentang perjuangan Dato Maharaja Lela bersama teman-temannya untuk menghentikan kekejaman pihak British yang diketuai oleh JWW Birch.
Hal itu, membuatkan Dato Maharaja Lela hilang sabar, di mana beliau bersama rakan-rakannya merancang untuk membunuh J.W.W Birch sebagai balasan di atas tindakan J.W.W Birch yang keterlaluan.
Penonton Sasaran
Semua peminat filem sejarah dan filem aksi di Malaysia dan luar Malaysia (“subtitle” akan disediakan).
Kelebihan filem pendek Dato Maharaja Lela
Perjalanan cerita yang mudah difahami
Babak aksi menggunakan lembing,kapak, keris dan parang
Dialog perbualan adalah dalam loghat orang Perak
Bajet Keseluruhan Produksi: RM29,000.00
Pendapatkan:
Dana Kreatif Perak: RM4,000.00
Funder (Perniagaan): RM10,000.00
Crowd Funding Campaign: RM15,000.00 (Expectation)
Total: RM29,000.00
Category / Film/Video